Saturday, May 10

Melabur Saham Sendiri Tanpa Perlu Unit Trust


Berita baik kepada anda yang mencari pendapatan sampingan di luar sana. Bermula dengan pendapatan sampingan kemudian boleh beralih menjadi pendapatan tetap setiap bulan. Macam mana? Ada banyak caranya, sebenarnya sangat banyak, antaranya adalah dengan melabur dalam Saham. Jika anda pandai melabur saham sendiri, anda tidak perlukan lagi unit trust.

Melabur Saham vs Melabur Unit Trust


Seringkali ketika berjumpa dengan agen unit trust, mereka tentu akan kata keuntungan melabur dengan mereka, keuntungan sehingga 15% setahun, tentu sahaja jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan keuntungan melabur di Amanah Saham Bumiputera yang memberikan 8.5% setahun sebagai pulangan. Tetapi anda tidak tahu, caj akan dikenakan untuk setiap tahun adalah, tahun pertama 5% dan 2% untuk tahun berikutnya. Jika tahun pertama pulangan pelaburan unit trust adalah 10%, caj 5% dikenakan.Tahun ke 2 pulangan 5% caj 2% dikenakan. Itu tidak termasuk jika saham itu rugi.




Unit Trust juga bermaksud, anda memberikan wang anda untuk dilaburkan oleh “fund manager” dalam mana-mana syarikat yang menepati “cita rasa” fund manager tersebut. Kebanyakan fund manager melabur dalam bursa saham di Malaysia. Kenapa anda tidak mahu melabur sendiri?
Berbeza dengan saham, andalah yang mengawal keadaan. Anda boleh bermain saham yang penuh dengan risiko, anda boleh main saham yang defensive dan memberi pulangan yang tinggi dalam bentuk dividen. Biasanya saham yang memberi pulangan yang tinggi ini adalah SANGAT MAHALL.. Anda boleh memilih untuk bermain long term, cara long term dimainkan oleh Pelabur Lagenda “Warran Buffet” yang kini antara orang terkaya di dunia. Medium term, sebulan sehingga setahun dan short tem iaitu dalam masa sehari. Anda pilih!

“Macam best pulak saham ni, macam mana nak bermula?” Mungkin anda bertanya begitu.
Buka akaun saham, macam mana nak buka akaun saham? Pergi ke mana-mana cawangan Investment Bank, boleh juga rujuk artikel ini untuk langkah membuka akaun saham, saya sendiri menggunakan Maybank Investment Bank. (Maybank Investment antara caj dan fee yang murah tetapi anda perlu melabur menggunakan Internet Explorer! :D)

Anda boleh mendapatkan tips pelaburan saham secara komprehensif dengan memberikan email anda. (Perlu sahkan email anda)

E-mail address (Please dot not use Yahoo mail!)







Untuk yang baru nak bermula, saya cadangkan ebook Panduan Melabur Dalam Saham ni. Sangat bagus untuk bermula, pengalaman lama penulis dan cara melabur dalam saham pastinya boleh membantu anda yang hendak bermula tapi tidak tahu bagaimana. Ebook ini sangat membantu, dapatkan cepat, kaunter bursa saham tidak menunggu anda.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates