Kelayakan Memohon Untuk Pelaburan KWSP
- Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
- Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).
Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan agen unit trust berdekatan untuk uusan pelaburan dengan KWSP.
Dividen KWSP vs Dividen Unit Trust
Sememangnya, dividen KWSP setiap tahun lebih kurang 6% setakat ini tidak pernah melebihi 7%. Untuk tahu dividen KWSP 2014 --> SINI. Jika ada dana unit trust yang mempunyai dana melebihi 8% setiap tahun, itu merupakan dana yang bagus untuk dilaburkan di dalam KWSP. Pastikan dana yang anda laburkan melebihi pulangan KWSP.
Ambil kira servis caj yang dikenakan oleh unit trust. Pastikan, selepas servis caj itu dikenakan, keuntungan tetap melebihi 8%, jika kurang, lebih baik melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau biarkan sahaja duit tersebut dalam KWSP.
Duit dalam simpanan akaun 1 yang anda laburkan ke Unit Trust, walaupun mendapat keuntungan yang lumayan, anda tetap tidak dapat hasil daripada keuntungan dividen tersebut sehingga selepas umur 55 tahun atau selepas pencen. Anggaplah, pelaburan di KWSP adalah untuk digunakan di hari tua anda, tidak dapat digunakan sekarang.
Itulah serba sedikit info yang anda perlu tahu berkenaan dengan pengeluaran dan pelaburan unit trust dengan KWSP akaun 1. Jika anda ingin mendapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan Unit Trust, boleh lihat-lihat SINI dan saya yakin anda akan dapat apa yang anda cari.
Selamat melabur dalam unit trust.


No comments:
Post a Comment