Showing posts with label melabur dalam unit trust. Show all posts
Showing posts with label melabur dalam unit trust. Show all posts

Sunday, June 15

Pelaburan ASB 2.0 Dilancar

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan saiz dana 10 bilion unit selain peruntukan RM10 juta sebagai insentif kepada pelabur.

Pelaburan ASB 2.0

Perdana Menteri berkata, bagi pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 10 unit percuma dikreditkan ke dalam akaun mereka tertakluk kepada unit yang masih ada.

“Insentif tambahan juga diberikan kepada orang ramai yang hadir di Stadium Merdeka, iaitu mereka yang mendaftar sebagai pemegang unit pada hari ini (semalam) diberikan baucar RM50 bagi tujuan pembelian unit ASB2,” katanya.

Beliau berucap ketika melancarkan ASB2, tabung dana amanah terbaharu yang juga produk ke-10 diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) di pekarangan Stadium Merdeka, di sini, semalam.

Sasar Generasi Y

Katanya ASB2 disasarkan kepada Generasi Y (Gen-Y), iaitu golongan yang menjadi tumpuan dalam pelbagai program pembangunan modal insan.
“ASB2 disasarkan kepada kumpulan Gen-Y dan apabila kita bercakap mengenai gaya hidup, maka dana ini menepati cita rasa golongan berkenaan,” katanya.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.


ASB2 ialah tabung jenis pendapatan kategori aset campuran dengan jumlah pelaburan permulaan dan juga pelaburan tambahan minimum 10 unit yang dibuka untuk langganan Bumiputera.

Pelaburan maksimum untuk Akaun Dewasa berusia 18 tahun ke atas ialah 200,000 unit manakala 50,000 unit untuk Akaun Bijak bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga 18 tahun.

Beliau berkata, data yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi pada tahun 2012 menunjukkan 19,575 orang diisytiharkan muflis, dengan 48.4 peratus adalah Bumiputera.

Katanya, individu berusia 35 tahun hingga 44 tahun mencatat peratusan muflis tertinggi iaitu 36.6 peratus diikuti individu 45 tahun – 54 tahun (29.1 peratus), dan 25 tahun – 34 tahun (20 peratus).

“Walaupun peratusan golongan muda diisytiharkan muflis masih rendah, kesannya cukup besar kerana mereka baharu hendak memulakan kerjaya dan semestinya tidak boleh membuat sebarang kegiatan untuk menambah pendapatan,” katanya.

Teroka modal baharu

Najib berkata, menerusi rangsangan ekonomi sedemikian, kerajaan berharap kegiatan dalam beberapa sektor penting ekonomi negara dapat ditingkatkan melalui penerokaan modal baharu yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Pelaburan saudara-saudari ini jugalah yang akan memastikan kelangsungan pemilikan ekuiti dalam sektor korporat masih dipegang oleh Bumiputera,” katanya.




ASB2 dibuka untuk langganan bermula semalam di Pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di seluruh negara serta ejen ASB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia.

Sementara itu, Lans Koperal Rozana Azni, 26, yang diumumkan sebagai pelabur ASB2 yang pertama berkata, tahun lalu dia melabur dalam ASB sebanyak RM120,000 dengan pinjaman daripada CIMB selama 30 tahun.

“Selepas mendapat dividen pertama awal tahun ini, tentu saya teruja menanti dividen ASB2 pula tahun hadapan,” katanya yang memenangi sebuah kamera polaroid.

Pelabur remaja, Alias Ghazali Baharudin, 19, berkata, ucapan Perdana Menteri ketika perasmian ASB2 yang menyasarkan pelaburan dari Generasi Y sedikit sebanyak menyuntik semangatnya untuk terus melabur pada masa hadapan.

Sumber : Berita Harian
 
Pelaburan ASB juga merupakan satu pelaburan unit trust. Banyak kaedah untuk melabur dalam unit trust. Unit trust tidak terhad kepada ASB sahaja, ada banyak syarikat lain yang menawarkan pelaburan serupa. Ianya bukan skim cepat kaya. Untuk menjana pendapatan melalui pelaburan unit trust, anda boleh dapatkan info di SINI dan teruskan membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.


Read More

Friday, June 13

Senarai Unit Trust Terbaik 2014

Unit Trust Terbaik 2014 Anugerah The Edge Lipper Fund 2014.

Merupakan anugerah yang ditunggu-tunggu oleh semua fund house untuk melihat manakah dana yang terbaik.


Sememangnya, jika anda ingin melabur dalam unit trust, anda perlu lihat dana apakah yang memberikan pulangan paling baik, bukan daripada saranan agen semata-mata. Untuk pengetahuan anda, apa yang agen anda pentingkan adalah komisyen mereka semata-mata.

Read More

Thursday, June 12

Pelaburan Unit Trust Menggunakan KWSP

Anda ingin menggunakan KWSP sebagai dana untuk pelaburan Unit Trust? Info ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Pelaburan Unit Trust Menggunakan KWSP


Kelayakan Memohon Untuk Pelaburan KWSP
  • Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP
  • Warganegara Malaysia; atau
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
  • Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).

Jumlah Yang Boleh Dilaburkan

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

Read More

Wednesday, June 11

Sila Tanya Ejen Unit Trust anda soalan ini!

Jika anda lihat sekeliling, ramai yang mulai mencebur ke dalam dunia pelaburan. Salah satunya adalah pelaburan unit trust. Ramai yang mula menjadi ejen jualan unit trust.


Saya seringkali di approach untuk membeli dana palburan daripada mereka. Jika tiada cash, mereka akan kata "Gunalah dana KWSP"

Read More

Monday, June 9

Apa yang anda perlu tahu mengenai Pelaburan Unit Trust

 

Sebelum pergi lebih jauh mengenai Pelaburan Unit Trust, anda perlu tahu apakah itu unit trust? Kadangkala juga dipanggil unit amanah ataupun amanah saham. Di Amerika di panggil Mutual Fund, nama yang berbeza, tetapi maksud yang sama sahaja.

Lebih mudah, syarikat unit trust seperti Public Mutual, CIMB Wealth Advisor dan lain-lain menggunakan duit orang ramai untuk syarikat tersebut laburkan dalam pasaran seperti;

1. Bond / Sukuk
2. Saham
3. Money Market

Read More
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates