Jika anda lihat sekeliling, ramai yang mulai mencebur ke dalam dunia pelaburan. Salah satunya adalah pelaburan unit trust. Ramai yang mula menjadi ejen jualan unit trust.
Saya seringkali di approach untuk membeli dana palburan daripada mereka. Jika tiada cash, mereka akan kata "Gunalah dana KWSP"
Selesai mereka menerangkan berkenaan dengan dana pelaburan mereka, anda patut tanyakan soalan ini kepada mereka.
1. Kalau saya beli daripada tuan / puan, apa yang saya dapat?
2. Kalau saya beli daripada tuan / puan, apa yang tuan / puan dapat?
3. Sudah berapa lama menjual unit trust?
4. Kalau saya rugi, apa tuan / puan dapat?
5. Kenapa beli dana A dan bukan dana B?
6. Apakah status dana ini, patuh syariah atau tidak patuh syariah?
7. Kenapa tuan / puan cadangkan dolar cost averaging (DCA) dan apa yang tuan / puan dapat?
8. Dimanakah dana ini dilaburkan?
9. Apakah kos-kos lain yang perlu saya tahu?
10. Betulkah sekarang masa yang sesuai untuk melabur? Kenapa?
Selepas anda puas hati dengan jawapan yang diberikan, sila nilaikan jawapan. Ambil yang terbaik daripada jurujual, jika jawapan meragukan, tinggalkan mereka dan cari agen lain. Anda juga boleh melabur sendiri dalam palaburan Saham di bursa saham Malaysia.
Jika anda tidak mahu terlibat dengan perkara teknikal dalam pelaburan saham, juga tidak ada banyak masa dalam pelaburan saham, apa yang saya boleh bantu anda adalah panduan pelaburan unit trust INI. Ianya boleh membantu anda memahami apa itu unit trust dan kaedah melabur di dalamnya.


boleh tanya saya...
ReplyDeleteterbaik tuan jamain sarif
ReplyDelete