
Ramai yang berminat untuk menjadi salah seorang golongan elit dalam Perkhidmatan Awam, iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Banyak sebab antaranya; Kenaikan pangkat yang cepat, gaji yang agak lumayan, peluang untuk 'travel' ke luar negara dengan kerap, dan merasa kepentingan untuk berkhidmat kepada negara dan macam-macam lagi.
Kali ini, saya akan memberikan gambaran secara ringkas, proses pengambilan untuk menjadi Pegawai PTD. Untuk pengetahuan, pengambilan PTD masih lagi melalui saluran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Melalui SPA, peperiksaan SPA dan temuduga adalah antara faktor yang perlu diambil kira sebagai kriteris untuk menjawat jawatan dalam kelompok elit Perkhidmatan Awam.
Setiap tahun SPA akan mengiklankan kekosongan jawatan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dengan Gred M41.
![]() |
Kekosongan PTD 2014 |
Calon boleh membuat permohonan melalui laman web SPA.
Cara Permohonan
Anda perlu ke laman SPAi8 atau klik --> SINI
Selain daripada jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, anda juga boleh mengisi jawatan lain yang dirasakan layak.
Jika terpilih, pihak SPA akan memaklumkan anda dengan menggunakan khidmat Pesanan RIngkas SMS dan Email untuk memberitahu yang anda telah layak untuk menduduki peperiksaan PTD.
Segala maklumat berkenaan dengan PTD boleh lihat di -->Maklumat Lengkap PTD
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik
Seperti mana peperiksaan yang lepas, pihak SPA juga bakal menggunakan medium online untuk peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ada beberapa tips dan teknik menjawab soalan peperiksaan online ini yang akan saya kongsikan dari semasa ke semasa, salah satunya, anda boleh mengajak adik beradik untuk menjawab soalan bersama anda semasa peperiksaan berlangsung. Dan beberapa tips lain untuk peperiksaan online yang saya bakal kongsikan kepada anda, jika berminat, bolehlah daftar email, saya akan memberikan hebahan, tips terkini dan Contoh Soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara PERCUMA.
Nakkan semua itu, berikan email anda pada ruangan yang disediakan.
Format peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
1. Bahagian A Pengetahuan AM (50 Soalan dalam tempoh 20 minit)
2. Bahagian B Penyelesaian Masalah (40 Soalan dalam tempoh 20 minit)
3. Ujian Psikometrik
Semua contoh soalan itu, anda boleh dapatkan dengan mendaftar email, saya akan berikan contoh soalan beserta hebahan terkini berkenaan dengan maklumat jawatan. Berikan email di ruangan kotak yang disediakan dan klik Kotak Download Tips PTD Tersebut.
Dalam tempoh kurang seminggu, pihak SPA akan memaklumkan keputusan exam. Jika sudah tahu keputusan, bolehlah mencuba untuk sesi temuduga. begitulah serba ringkas berkenaan dengan exam SPA Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sebarang pandangan dan cadangan, bolehlah komen di ruangan bawah.
Jualan untuk Ebook Komprehensih Pegawai Tadbir Diplomatik telah dibuka. Klik Untuk Mendapatkan panduan Komprehensif tersebut.
dengan adanya rujukan lengkap sebegini...calon-calon pasti lebih bersedia kan :)
ReplyDeleteyup, moga2 begitu
ReplyDelete