Nak atau tidak, keadaan ekonomi Malaysia adalah tidak sihat. Walaupun Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bajet 2015, tetapi hutang negara masih lagi dalam keadaan yang tidak terkawal. Faktor ekonomi memainkan peranan yang penting dalam sesebuah negara. Bila ekonomi tidak sihat, banyak kesan negatif yang akan timbul seperti kes-kes jenayah, kes pecah amanah, kes cerai berai, dan tidak mengejutkan juga kes bunuh diri.
Apabila keadaan ekonomi tidak stabil, ramai yang terdesak, dan apabila manusia berada dalam keadaan terdesak, banyak perkara yang kurang waras dilakukan semata-mata untuk memenuhi keperluan.
Belum lagi ada yang diberhentikan, yang menganggur, kerana tiada pekerjaan.
Apapun, berbalik kepada topik utama, ada ke kerja kosong walaupun ekonomi dalam keadaan yang gawat dan serba tidak kena?

