Monday, December 29

Tips Temuduga Pegawai Penyelidik Q41

Tips Temuduga Pegawai Penyelidik Q41

Pekerjaan pegawai penyelidik Q41 sangat penting untuk institiusi kerajaan juga badan berkanun yang mempunyai penyelidikan sendiri seperti Malaysia Palm Oil Board (MPOB), MARDI, Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Felda dan lain-lain lagi. Kekosongan jawatan untuk Pegawai Penyelidik Q41 juga terdapat banyak di universiti-universiti tempatan seperti UTM, UKM dan lain-lain lagi.

Peluang kerjaya yang menarik dan kebaikan menjadi pegawai penyelidik untuk badan-badan berkanun ini adalah, kerjaya yang stabil dan jarang sekali saya dengar masalah diberhentikan dalam sektor kerajaan dan badan berkanun. Jika anda sebagai seorang calon, jangan lepaskan peluang anda untuk menjawat jawatan ini!

Jika anda terpilih sebagai salah seorang calon untuk jawatan Pegawai Penyelidik Q41, tahniah saya ucapkan.


 
Apapun serba ringkas sebagai seorang pegawai penyelidik adalah;

Menyelidik dan mengkaji banyak journal untuk tujuan penyelidikan. Journal adalah berkait rapat dengan sektor yang kita bakal masuk. Jika bakal masuk ke MPOB, tentunya penyelidikan berkaitan dengan industri kelapa sawit menjadi keutamaan dan seterusnya. Menurut SPA pula, tugas sebagai pegawai penyelidik adalah seperti berikut;

• menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
• menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
• melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Teruskan dalam usaha anda untuk mendapatkan jawatan ini. Apapun yang saya mahu highlightkan di sini adalah, persedian anda dalam menghadapi temuduga kerajaan kali ini. Ye, persediaan.

“Jika anda bersedia, anda telah memenangi separuh daripada perlawanan”


Bersedia dengan soalan yang bakal ditanya ketika temuduga nanti. Jangan semasa temuduga nanti, anda blur dan tidak tahu menjawab, walaupun soalan seringkas “perkenalkan diri anda”

Untuk membantu anda, saya ada berikan 7 soalan yang sering ditanya ketika di temuduga. Saya yakin, 7 soalan ini pastinya dapat membantu anda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan semasa temuduga Pegawai penyelidik Q41 nanti.

Jika anda mahu, saya hanya berikan contoh soalan kepada mereka yang serious sahaja. Caranya adalah dengan memberikan email dalam ruangan di bawah.

E-mail address




Jangan sia-siakan peluang ini ye, semoga berjaya dalam temuduga Pegawai Penyelidik Q41.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates