Friday, May 16
3 Tempat Analisis Saham di Bursa Saham Malaysia
Jika anda berminat dengan pelaburan saham, ketahuilah pelaburan saham terdiri daripada Technical Analisis dan Fundemantal analisis. Apa itu? Cuba baca artikel Teknikal Analisis dan Fundemantal Analisis dalam pelaburan saham.
Jika anda ingin menganalisa pelaburan saham anda, 3 tempat ini adalah tempat untuk menganalisa pelaburan saham yang agak popular di Malaysia. Anda pilih yang mana bersesuaian dengan cita rasa anda. Saya sendiri menggunakan ketiga-tiga platform online ini. Sangat sesuai untuk melabur dalam Bursa Saham Malaysia.
Pertama adalah KLSE.info
Boleh menganalisa secara technical dan sedikit fundemantal analisis.
Kedua adalah Tradesignum
Juga boleh menganalisa secara Technical dan Fundemantal
Yang ke tiga, i3investor,
i3 investor adalah yang paling saya minati sekali kerana mempunyai ciri-ciri yang mudah, sangat user friendly berbanding lainnya. Ianya memuatkan juga info dari blog-blog popular diinternet berkaitan dengan syarikat saham yang tersenarai. Anda boleh membaca info yang diberikan secara percuma sahaja.
Apapun, itulah serba sedikit tempat menganalisa pelaburan saham anda secara online. Saya galakkan anda mencuba, ianya mudah digunakan. Anda tentukan, anda lebih meminati platform yang mana, asalkan ianya mudah digunakan sudah memadai. Tentunya anda boleh menjadi otai di Bursa Saham Malaysia nanti
Bagi yang baru hendak bermula, pelaburan saham sangat sukar dan penuh dengan jerangkap samar, teruskan membaca, banyak cari maklumat dan teruskan belajar adalah kunci utama dalam pelaburan saham. Jika anda berminat dalam pelaburan saham, tetapi tidak tahu di mana untuk bermula, saya cadangkan anda habiskan baca buku Panduan Pelaburan Saham ini. Harga yang berpatutan.
Anda juga boleh mendapatkan panduan pelaburan saham terus ke email anda agar anda tidak melakukan kesilapan ketika melabur dalam saham. (Perlu pengesahan email)
Ketahuilah, 90% daripada pelabur rugi di bursa saham, termasuklah Bursa Saham Malaysia. Saya harap anda tidak menjadi salah seorang yang rugi apabila melabur di bursa saham. Caranya, jangan kedekut duit untuk membuat pelaburan, pelaburan yang paling penting adalah ilmu untuk diri kita sendiri.
Share This!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment