Monday, June 9
Apa yang anda perlu tahu mengenai Pelaburan Unit Trust
Sebelum pergi lebih jauh mengenai Pelaburan Unit Trust, anda perlu tahu apakah itu unit trust? Kadangkala juga dipanggil unit amanah ataupun amanah saham. Di Amerika di panggil Mutual Fund, nama yang berbeza, tetapi maksud yang sama sahaja.
Lebih mudah, syarikat unit trust seperti Public Mutual, CIMB Wealth Advisor dan lain-lain menggunakan duit orang ramai untuk syarikat tersebut laburkan dalam pasaran seperti;
1. Bond / Sukuk
2. Saham
3. Money Market
Dan, syarikat Unit Trust terbesar di Malaysia adalah Permodalan Nasional Berhad dengan dana poular Amanah Saham Berhad (ASB) yang mempunyai dividen 8.5% setahun.
Jika anda mencari pelaburan Unit Trust, pastikan dana itu melebihi 8.5% setahun.
Bagaimana Melabur Dalam Unit Trust?
Untuk melabur dalam unit trust, anda memerlukan agen, cara pembelian melalui kaedah online masih lagi terhad, tidak seperti pelaburan saham. Jadi anda perlu menghubungi agen untuk membeli saham unit trust.
Dapat untung ke melabur dalam Unit Trust ni?
Setiap pelaburan memerlukan ilmu, jika anda mempunyai masa yang banyak dan ingin belajar teknik pelaburan yang lebih kompleks, pelaburan saham lebih sesuai. Saya ada menerbitkan artikel --> Melabur Saham Sendiri Tanpa Perlu Unit Trust
Jika anda mempunyai kekangan masa, Pelaburan Unit Trust ini untuk anda.
Banyak info berkenaan dengan Unit Trust di internet, dalam bahasa Melayu dan English, untuk menjimatkan masa, saya sarankan anda untuk membaca info di SINI. Semua yang anda nak tahu berkenaan dengan pelaburan unit trust dan menjimatkan masa anda.
Selamat melabur.
Share This!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment