Monday, June 23

Bulan Ramadhan ni Nak Buat Bisnes Apa?

Ramadhan tidak lama lagi akan menyusul, ramai yang mula mempromosikan kuih raya masing-masing. Terbaru dan ianya terjadi kepada saya sendiri, rakan kepada isteri memberi sampel biskut raya;

Biskut Famous Amos Sedap
Biskut Famous Amos Sedap
“Ni akak bagi, kalau nak bolehlah order” Kata kawan isteri

Tidak banyak, cukuplah sekadar sample. Sample percuma yang diberikan, masing-masing ingin mempromosikan kuih raya mereka dengan pelbagai cara. Apabila aku tanya isteri aku,

“Ni kuih apa?”

“Kuih ni namanya Famous Amos

Sedap juga kuih ni, kalau nak beli mahal, bolehla mintak wife aku buat satu, kalau tak tahu macam mana nak buat, bolehla aku belikan resepi kuih tu di SINI.

Berbalik kepada tajuk, bulan ramadhan ni nak buat business apa?

Tak tahu nak buat bisnes apa? sebenarnya banyak yang anda boleh lakukan bulan ramadhan ini. Boleh je jahit baju raya. Tak ada masa, atau tak tahu nak jahit baju, boleh belajar di SINI. Tak ada masa nak beli mesin jahit pulak? Boleh je beli mesin jahit baju di SINI. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Susah la jahit baju, nak jual kuih ada tak?

Nak jual kuih pun boleh, kalau tak minat jahit, mana tau anda lebih minat memasak daripada jahit baju. Kalau nak tahu kuih apa yang laris, kisah suri rumah ini membantu untuk memudahkan anda mengetahui kuih apa yang paling laris. Ikuti kisah suri rumah tersebut di SINI.

Selain kuih raya, ada lagi tak masakan lain?

Owh, susah ke nak buat kuih raya, baiklah, ada je yang lain. Kalau rasa susah sangat nak buat kuih raya, boleh buat roti pizza dan bun. Caranya anda boleh rujuk di SINI.



Begitulah sedikit sebanyak tentang perniagaan di bulan ramadhan. Yang mana satu yang paling sesuai dengan anda? Bagi saya asalkan ada kemahuan di situ ada jalan, walaupun anda tiada modal, masih boleh menjalankan perniagaan.

Begitulah, anda masih boleh menjalankan perniagaan semasa ramadhan. Semoga berjaya.

Share This!


4 comments:

  1. Bulan Ramadhan ni memang elok kalau kita berniaga untuk mencari pendapatan sampingan. Sekurangnya dapatlah membeli keperluan tambahan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sangat setuju dengan cadangan tu. Salam ramadhan juga.

      Delete
  2. Cari duit dibulan ramadhan memang bagus. Amal ibadah jangan lupa ye.. Kita rebut peluang buat duit, rebut juga peluang buat pahala.

    ReplyDelete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates