Wednesday, August 13

6 Sebab Penganggur dan Graduan Perlu Jadi Agen Hartanah


Seringkali pelajar-pelajar di "brainwash" di sekolah, belajar pandai-pandai, masuk universiti, kemudian dapat kerja yang baik, dapat gaji besar. Selalu dengar kan?

Memang selalu diulang-ulang pernyataan ini. Realitinya, apa yang dimaksudkan dengan 'gaji besar' itu. Jika anda adalah fresh grad, gaji permulaan paling besar adalah rm3000. Untunglah kalau dapat lebih daripada jumlah tu. Ditambah lagi dengan hutang PTPTN, ternyata membebankan. Anda mestilah pandai menguruskan hutang anda untuk lebih berjaya, setuju?

Dengan rm3000, nampak macam banyak, tetapi dek kerana kenaikan harga barang, minyak naik, tol naik...



rm3000 yang nampak banyak tu, sebenarnya tak la banyak mana pun. Lagi la kalau sudah memiliki kereta dan merancang untuk beli rumah (harga rumah baru terus menunjukkan kenaikan yang tinggi) bagaimana dengan status rm3000 anda tu?

Kalau yang masih belum dapat kerja lagi, macam mana, kalau ada inisiatif kerja dari rumah memang sangat ok.

Sebab tu saya cadangkan untuk anda menjadi agen hartanah, salah satu cara yang mudah untuk mendapat kerja part time dan boleh menjadi kerjaya sepenuh masa. Terbaik... Dan saya kenal beberapa agen hartanah yang berjaya dalam kerjaya dan mendapat komisyen yang lumayan setiap bulan. Apapun...

Kelebihan menjadi agen hartanah ini, saya senaraikan 6 dahulu.



1) Waktu kerja yang fleksibel, agen tentukan waktu kerja sendiri. Jika ada bakal pelanggan yang nak jumpa untuk tengok rumah, kenalah melayan mereka, dan jika mereka membeli rumah tersebut, ada bahagian komisyen untuk anda.

2) Pendapatan yang tidak terhad, selagi mana ada orang yang nak membeli rumah, selagi tu pendapatan anda akan ada. Hebat kan! Dalam sebulan, boleh jadi ke kalau tiada langsung orang memjual dan membeli rumah.

3) Boleh membina networking yang bersar, kerana berpeluang untuk berjumpa dengan ramai kenalan.

4) Tidak terlalu sibuk, tak ramai yang nak melihat rumah pada waktu malam, jadi anda tidaklah terlalu sibuk menguruskan kerjaya anda sebagai agen hartanah.

5) Tiada politik pejabat, yang penting kerjasama dengan rakan-rakan agen yang lain. Tiada isu lobi-melobi bos, jika rajin, maka, makin dapat banyak komisyen.

6) Tidak perlu bodek-membodek untuk dapatkan jawatan yang diinginkan, kerja keras lebih, dapat lebih.

Bayangkan, selalunya agen hartanah mendapat komisyen sebanyak 2% ~ 3% untuk setiap jualan. Jika anda berjaya menjual rumah bernilai rm400k dengan komisyen 3%, tahniah rm 12k untuk anda, kalau berjaya jual rumah lagi mahal? Cuba kira pakai formula matematik darjah 6.




Untuk yang masih berlum ada pekerjaan tetap tu, bolehlah jadikan agen hartanah sebagai pekerjaan tetap, jika anda boleh menghasilkan jualan yang konsisten, tentunya pendapatan anda jauh lebih baik berbanding makan gaji setiap bulan.

Apapun cari agensi yang bagus untuk menjadi agen hartanah. Sebagai permulaan untuk menjadi agen hartanah, dapatkan ebook ini --> Cara Jadi Agen Hartanah



Share This!


2 comments:

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates