Kali ini saya ingin berkongsi cara dan tips untuk buat duit dengan blog. Kali ini adalah dengan meningkatkan trafik blog. Caranya mudah sahaja, jika sesuatu blog itu mempunyai trafik yang tinggi, maka lebih mudah menjana income tambahan. Cara menjana income tambahan melalui medium pengiklanan seperti nuffnang, komli, innity atau menyewakan banner di blog. Juga tidak dilupakan menjana income melalui advertorial atau affiliates. Semua ini boleh menjadi sumber income tambahan andaikata blog anda mempunyai trafik yang tinggi.
Apa itu trafik blog?
Trafik blog adalah bilangan pengunjung blog anda dalam tempoh sehari. Lebih ramai, lebih banyak peluang menjana pendapatan. Sangat mudah bukan!
Pada kali ini saya ingin berkongsi 10 cara mudah untuk tingkatkan trafik blog! Caranya sungguh mudah, tapi memerlukan semangat tidak putus asa dan kesungguhan.
1. Anda perlu memilih ‘niche’ blog anda, jika mempunyai ‘niche’ tertentu, lebih mudah anda mendapat pengunjung. Antara niche yang popular adalah gosip, pemasaran internet, gadjet dan teknologi, personal dan lain-lain lagi. Kemudian fokus tulisan pada niche itu sahaja, dalam sekelip mata anda bakal memperolehi pengunjung yang ramai. Biasanya, personal blog memerlukan masa dan promosi yang berterusan untuk menarik pengunjung.
2. Setelah memilih niche, anda perlu menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti. Artikel berkualiti dapat mengekalkan pengunjung yang datang untuk bookmark blog anda, juga jika disertakan dengan ‘keyword’ yang betul dapat menarik trafik dari search engine seperti google dan bing. Pemilihan kata kunci ini boleh dilakukan melalui google adwords, untuk mendapat idea kata kunci yang sesuai juga kata kunci yang killer. Pemilihan kata kunci ini berkaitan dengan teknik SEO, teknik SEO yang hebat dapat menarik ramai pengunjung. Anda perlukan ini untuk mendalami apa itu SEO secara asas. Artikel berkualiti dengan asas SEO yang betul, mampu menarik pengunjung yang ramai.
3. Peranan media sosial jangan kita lupakan, terutama facebook, twitter dan google+. Share artikel anda di facebook group yang bersesuaian dengan ‘niche’ untuk tarik pengunjung. Contoh, jika blog anda berkenaan dengan pendidikan, kongsi blog anda di group biasiswa. Semua berkaitan dengan ‘niche’ blog anda. Dalam sekelip mata anda dapat menarik ramai pengunjung.
4. Kongsi artikel anda di laman ping popular seperti busuk.org, blogr.my, dan pingje.org. Mengikut pengalaman penulis, busuk.org menghasilkan trafik yang paling banyak antara laman ping lain.
5. Rajin-rajin komen di blog orang lain, sambil bersilaturahim, juga boleh meningkatkan trafik blog anda. Juga menambah bilangan pengomen tegar blog anda. Dengan memberikan komen, anda akan mendapat backlink daripada web tersebut dan seterusnya meningkatkan ranking blog anda.

