Apabila berkata tentang beriklan dengan blog, pastinya kita terbayang banner, dan bermacam-macam lagi bentuk pengiklanan blog. Dan pastinya nama yang mendominasi pengiklanan berbentuk seperti ini adalah Nuffnang, Innity, Komli dan lain-lain lagi.
Kini, SalamMedia datang dengan menawarkan pengiklanan dengan blog bentuk baru yang unik. Tidak memfokuskan kepada pengiklanan berbentuk banner, tetapi dalam bentuk advertorial.
Apa itu advertorial? advertorial adalah pengiklanan yang memfokuskan kepada penulisan blog, review berkenaan sesuatu produk dan perkhidmatan. Jadinya, mutu penulisan sangatlah penting dalam pengiklanan advertorial ini tidak hanya traffik blog semata-mata.
SalamMedia datang dengan menawarkan konsep pengiklanan yang jauh berbeza dengan pengiklanan lain di Malaysia yang lebih memfokuskan kepada kandungan sesebuah blog, (Islamic Advertising Blog) Lebih membanggakan, SalamMedia adalah pengiklanan patuh syariah dalam bentuk digital yang pertama di Malaysia, juga mungkin di dunia. Sepanjang pengalaman saya, tidak pernah lagi ada pengiklanan dalam bentuk kandungan blog yang patuh syariah di dunia. Harapan untuk SalamMedia terus berkembang mempunyai potensi yang sangat besar dan ohkerjakosong4u juga blogger lain seperti ini dan ini dan lain-lain lagi akan menyokong SalamMedia daripada belakang. Cewahhh :) (lebih-lebih pulak :p)
