Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Sunday, April 20

Komisyen Ashadee yang Pertama

Alhamdulillah akhirnya berjaya mendapat komisyen Ashadee yang pertama.

Pecah jugak telur ayam yang dah lama terperam tu. 

Mungkin ada yang bertanya, Ashadee tu apa? 

Untuk pengetahuan, Ashadee adalah salah satu daripada program Affiliate, yang membolehkan kita mendapat komisyen setiap kali ada produk terjual. 


Read More

Thursday, April 10

Tips dapatkan Facebook Like untuk Page Anda



Anda sering kecewa kerana facebook page anda masih tidak mendapat sambutan?

Tidak ramai yang like facebook page anda?

Kurang engagement untuk setiap post anda di page anda sendiri?

Ada sedikit tips daripada ohkerjakosong4u untuk meningkatkan like facebook page anda. Teknik yang cukup mudah digunakan untuk dapatkan like facebook dengan banyak, tanpa keluarkan modal sedikit pun.

Nak tahu?

Read More

Saturday, March 29

Tips Cara Buat Duit Dengan 8Share


 Kepada anda yang ingin buat duit dengan 8share, Alhamdulillah saya telah berjaya membuat duit dengan 8share setelah beberapa kali mencuba pelbagai teknik. Setelah banyak kali mencuba, berikut adalah 4 cara paling cepat saya dapat klik 8share dengan banyak.

8Share adalah laman pengiklanan di mana, sesiapa yang berdaftar dengan mereka, dan mempromosikan link mereka, setiap pengunjung yang dating akan diberi rm0.2 atau kadangkala lebih. Bolehlah untuk jana duit sikit-sikit akhir bulan untuk beli barang dapur.

Cara Pertama.

Gunakan ayat-ayat yang menarik, sememangnya 8share ada menyediakan skema ayat mereka sendiri, tetapi anda seharusnya lebih kreatif lagi untuk buat ayat yang membuatkan rakan-rakan Facebook/Twitter anda tertanya-tanya dan klik pada iklan tersebut. Kadangkala, gunakan teknik reverse psikologi pada ayat. Contoh “ Jangan Klik kalau tak nak tips jimat kereta murah” Cukup dengan ayat seperti ini membuatkan ramai yang teruja untuk klik. Tak percaya, cubalah.

Cara Kedua

Jika link yang diberikan 8share adalah berkenaan dengan tips jimat kereta, sharekan facebook group yang sesuai. Kaitkan dengan graduan baru jangan tersilap langkah beli kereta atau apa sahaja, poskan di group Facebook berkaitan, dalam masa 1 jam, rm10 sudah berada di dalam genggaman saya. Saya dapat sendiri yang ini. Nak tahu group apa, nanti PM saya ye. Jadi, kenalpasti iklan 8share berkenaan apa, dan cuba cari niche group fb yang berkaitan, kemudian sharing dengan mereka. Setakat saya buat, sekejap sahaja dah dapat rm10 iaitu maximum visitor iaitu 50.


Cara Ketiga

Jangan mudah putus asa, post banyak-banyak kali di wall fb anda. Cara saya, post pagi, kemudian saya post sekali lagi tengah hari dan saya delete post yang pagi tersebut, kemudian post malam hari dan saya delete yang sebelumnya. Jangan putus asa ye.

Read More

Monday, March 10

Komisyen ke 3 dan 4 Jobdirumah



Bagi mereka yang mengatakan jobdirumah scam, alhamdulillah komisyen ke 3 dan 4 ini membuktikan sebaliknya.

Hanya syukur pada Allah atas rezeki yang telah ditetapkan ini.

Sedikit tips daripada saya, mungkin kerana niche ohkerjakosong4u adalah info kerja kosong dan kerjaya, jadi agak mudah untuk memperolehi jobdirumah ini.

Keduanya adalah tingkatkan trafik blog dan promosi berterusan yang saya lakukan, dan sedikit panduan asas seo.




Ketiga adalah aplikasi daripada ebook istimewa kitab seo merah jambu yang khusus dalam menjana pendapatan affiliate.



Ada yang sudah menjana sehingga rm2500 sebulan dengan Jobdirumah, anda mestilah seorang yang rajin dan tahu berbahasa inggeris untuk mendapatkan jobdirumah. Jika tidak, agak rugi rm50 sebagai bayaran pendaftaran. Pendaftaran hanya sekali seumur hidup.

Read More

Saturday, March 8

Ranking Alexa ohkerjakosong4u

Sebagai blogger, perlu tahu apa itu ranking alexa ini.

Secara ringkas, ranking alexa adalah;

Ranking yang diberikan kepada website untuk menentukan ranking mereka berdasarkan kepada ranking dunia, ranking di dalam negara, juga mengikut niche tertentu.

Anda boleh check ranking blog anda di Laman Alexa,

Semakin kecil nilai rank, semakin bagus untuk sesuatu blog itu. Ada banyak tips untuk menaikkan ranking alexa, mungkin boleh tengok sini.




Apapun, target perlu lebih jauh lagi.
Read More

Buat Duit Dengan Blog : Tingkatkan Trafik Blog



Kali ini saya ingin berkongsi cara dan tips untuk buat duit dengan blog. Kali ini adalah dengan meningkatkan trafik blog. Caranya mudah sahaja, jika sesuatu blog itu mempunyai trafik yang tinggi, maka lebih mudah menjana income tambahan. Cara menjana income tambahan melalui medium pengiklanan seperti nuffnang, komli, innity atau menyewakan banner di blog. Juga tidak dilupakan menjana income melalui advertorial atau affiliates. Semua ini boleh menjadi sumber income tambahan andaikata blog anda mempunyai trafik yang tinggi.

Apa itu trafik blog?

Trafik blog adalah bilangan pengunjung blog anda dalam tempoh sehari. Lebih ramai, lebih banyak peluang menjana pendapatan. Sangat mudah bukan!

Pada kali ini saya ingin berkongsi 10 cara mudah untuk tingkatkan trafik blog! Caranya sungguh mudah, tapi memerlukan semangat tidak putus asa dan kesungguhan.

1. Anda perlu memilih ‘niche’ blog anda, jika mempunyai ‘niche’ tertentu, lebih mudah anda mendapat pengunjung. Antara niche yang popular adalah gosip, pemasaran internet, gadjet dan teknologi, personal dan lain-lain lagi. Kemudian fokus tulisan pada niche itu sahaja, dalam sekelip mata anda bakal memperolehi pengunjung yang ramai. Biasanya, personal blog memerlukan masa dan promosi yang berterusan untuk menarik pengunjung.

2. Setelah memilih niche, anda perlu menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti. Artikel berkualiti dapat mengekalkan pengunjung yang datang untuk bookmark blog anda, juga jika disertakan dengan ‘keyword’ yang betul dapat menarik trafik dari search engine seperti google dan bing. Pemilihan kata kunci ini boleh dilakukan melalui google adwords, untuk mendapat idea kata kunci yang sesuai juga kata kunci yang killer. Pemilihan kata kunci ini berkaitan dengan teknik SEO, teknik SEO yang hebat dapat menarik ramai pengunjung. Anda perlukan ini untuk mendalami apa itu SEO secara asas. Artikel berkualiti dengan asas SEO yang betul, mampu menarik pengunjung yang ramai.

3. Peranan media sosial jangan kita lupakan, terutama facebook, twitter dan google+. Share artikel anda di facebook group yang bersesuaian dengan ‘niche’ untuk tarik pengunjung. Contoh, jika blog anda berkenaan dengan pendidikan, kongsi blog anda di group biasiswa. Semua berkaitan dengan ‘niche’ blog anda. Dalam sekelip mata anda dapat menarik ramai pengunjung.

4. Kongsi artikel anda di laman ping popular seperti busuk.org, blogr.my, dan pingje.org. Mengikut pengalaman penulis, busuk.org menghasilkan trafik yang paling banyak antara laman ping lain.

5. Rajin-rajin komen di blog orang lain, sambil bersilaturahim, juga boleh meningkatkan trafik blog anda. Juga menambah bilangan pengomen tegar blog anda. Dengan memberikan komen, anda akan mendapat backlink daripada web tersebut dan seterusnya meningkatkan ranking blog anda.


Read More

Sunday, February 16

Jobdirumah - Platform Pencarian kerja part time Terbaik di Malaysia


Mungkin anda sudah membaca tempat mencari kerja part time ini, dan kerja part time yang rakyat Malaysia suka lakukan di sini. Apapun, saya nak memperkenalkan platform carian kerja sambilan terbaik di Malaysia iaitu Jobdirumah!


Jobdirumah scam?
Jobdirumah tipu?

Read More

Wednesday, February 5

Insurans Motor 2014 naik 15%


Insurans motor naik sebanyak 15% bermula 15 Febuari 2014. Bagaimana dengan gaji kita? Marilah kita bersama-sama mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan atau mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Dapatkan kerja dari rumah! DISINI!! 

Rahsia jana wang dari rumah untuk Wanita! Klik sini!!

Atau ada cadangan lain lagi?

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Read More

Sunday, January 26

SalamMedia pengiklanan blog baru berlandaskan Syariah



Apabila berkata tentang beriklan dengan blog, pastinya kita terbayang banner, dan bermacam-macam lagi bentuk pengiklanan blog. Dan pastinya nama yang mendominasi pengiklanan berbentuk seperti ini adalah Nuffnang, Innity, Komli dan lain-lain lagi.


Kini, SalamMedia datang dengan menawarkan pengiklanan dengan blog bentuk baru yang unik. Tidak memfokuskan kepada pengiklanan berbentuk banner, tetapi dalam bentuk advertorial.


Apa itu advertorial? advertorial adalah pengiklanan yang memfokuskan kepada penulisan blog, review berkenaan sesuatu produk dan perkhidmatan.  Jadinya, mutu penulisan sangatlah penting dalam pengiklanan advertorial ini tidak hanya traffik blog semata-mata.

Jana rm800-1000 dari rumah


SalamMedia datang dengan menawarkan konsep pengiklanan yang jauh berbeza dengan pengiklanan lain di Malaysia yang lebih memfokuskan kepada kandungan sesebuah blog, (Islamic Advertising Blog) Lebih membanggakan, SalamMedia adalah pengiklanan patuh syariah dalam bentuk digital yang pertama di Malaysia, juga mungkin di dunia. Sepanjang pengalaman saya, tidak pernah lagi ada pengiklanan dalam bentuk kandungan blog yang patuh syariah di dunia. Harapan untuk SalamMedia terus berkembang mempunyai potensi yang sangat besar dan ohkerjakosong4u juga blogger lain seperti ini dan ini dan lain-lain lagi akan menyokong SalamMedia daripada belakang. Cewahhh :) (lebih-lebih pulak :p)
Read More

Saturday, January 25

Beriklan dengan Komli



Kini ohkerjakosong4u bersama dengan Komli pula :)

Setelah mencuba iklan daripada yang lain, iklan daripada Komli sudah menampakan hasilnya. Sudah ada beberapa iklan yang keluar daripada Komli walaupun baru seminggu digunakan.

Apapun terima kasih kepada komli, kepada sesiapa yang ingin berhijrah untuk menggunakan komli, bolehlah mendaftar blog di sini. Cara daftar pun sangat mudah, isi borang itu dan nyatakan maklumat trafik harian, bilangan uniq visitor dalam sehari, anggaran trafik iklan dalam sebulan dan lain-lain lagi.

Jika blog anda sudah mempunyai trafik yang tinggi, bolehlah register di Komli pula. Mana tau anda boleh buat duit dengan komli pula. Apapun, komli adalah platform untuk buat duit dengan blog. Apapun selamat mencuba kepada semua.

Terima kasih Allah, Terima Kasih Komli.



Jika terdapat sebarang soalan berkenaan dengan Komli atau apa sahaja, bolehlah lontarkan di bahagian komen di bawah. Admin akan cuba sedaya upaya untuk menjawab setiap pertanyaan.

Read More
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates