Klikjer terus memberikan pendapatan pasif setiap bulan, bulan lepas, 1 Komisyen masuk, bulan ni juga 1 komisyen masuk daripada Klikjer. Yang best Klikjer, minimum withdraw RM1, lebih mudah untuk withdraw berbanding dengan Ashadee RM50. Sebeb tu saya lebih banyak mempromosikan Klikjer berbanding Ashadee. Alhamdulillah, Klikjer memang boleh jana pendapatan pasif setiap bulan.
Ada banyak cara untuk menjana pendapatan dengan blog. Ada yang menggunakan medium affiliate, sewakan banner, dan tidak kurang juga yang menjana pendapatan dengan menggunakan medium advertorial. Apa itu advertorial Advertorial adalah bentuk pengiklanan yang disajikan dengan gaya bahasa jurnalistik. Advertorial berasal dari dua perkataan dalam bahasa Ingegris Advertising dan Editorial. Periklanan (advertising) adalah penulisan yang persuasif melalui media massa dengan tujuan untuk mempromosikan barang atau jenama tertentu. Saya tidak sentuh cara buat duit dengan affiliate pada kali ini, tetapi lebih kepada pengiklanan berbentuk advertorial. Sebenarnya, pengiklanan berbentuk advertorial ini memang sangat jarang untuk dapat. Dan kalau selalu dapat, memang anda mempunyai pendapatan yang lumayan setiap bulan.
Persoalan yang bagi seorang blogger harus pandai menjawab. Bagi seorang blogger yang berniat untuk buat duit dengan blog, anda seharusnya mementingkan ranking Alexa di blog anda. Tujuannya, untuk menarik pengiklan, untuk menunjukkan kekuatan blog dan lain-lain lagi. Bagi yang tidak tahu, semakin kecil ranking Alexa, semakin bagus sesuatu blog. Ranking yang bagus adalah, di bawah 300,000 untuk ranking global, dan secara personal, di bawah 2000 untuk ranking di Malaysia. Untuk blog ohkerjakosong4, akhirnya tercapai juga untuk berada di bawah 2000, memandangkan usia blog ini pun sangatlah baru. Selain itu juga, tujuan blog adalah untuk mendapat duit dengan blog, nak tahu bacaSINI.
Tips naikkan ranking Alexa Banyak cara untuk naikkan ranking Alexa di blog anda, tapi kali ini saya senaraikan 3 sahaja ya, buat secara konsisten, insyaAllah hasil akan nampak kemudian hari. Pertama, pasang widget alexa di blog anda dan kerapkan buat review berkenaan dengan Alexa. Mudah bukan. Macam mana nak pasang widget, saya akan cuba ulas di lain waktu.
Kedua, Kerapkan update artikel secara konsisten. Ketiga, install alexa toolbar di browser anda dan kerap anda view blog sendiri. Alexa menilai sesuatu blog berdasarkan kepada kekerapan toolbar yang singgah, jadi jika blog anda sendiri, anda kenalah selalu lawat untuk naikkan ranking alexa. Sedikit sahaja perkongsian kali ini ya, ohkerjakosong4u juga membuka ruang pengiklanan, blog ini masih baru, pakej special diberikan. Sekian.
Ramai yang telah berjaya buat duit dengan blog, tetapi lagi ramai yang masih tidak berjaya buat duit dengan blog. Apa yang anda perlukan untuk berjaya buat duit dengan blog adalah, FOKUS dan tumpukan dan tajamkan skill buat duit anda. Belajar daripada mereka yang berjaya juga doa dan tawakal kepada Allah. Ada banyak cara untuk buat duit dengan blog, salah satunya adalah dengan menyertai program seperti pay per click. Antara yang saya sudah sertai adalah Komli. Program Pay Per Click yang bagus. Antara yang konsisten memberikan pendapatan bulanan adalah program Bidvertiser.
Seperti yang anda lihat di tajuk atas, komisyen yang ke 7 daripada Jobdirumah telah saya hasilkan melalui blog yang anda sedang baca ini sahaja. Pastinya ucapan syukur atas rezeki yang Allah telah beri ini.
Apapun, ada 2 cara untuk mendapatkan komisyen melalui Program Jobdirumah, pertama adalah melalui program affiliate yang mereka tawarkan dengan komisyen sehingga 50%. Selain daripada Jobdirumah, pemilik mereka ataupun pihak AgenAffiliate juga menyediakan program affiliate lainnya seperti Galleta (sejenis produk makanan), jujurnya saya tidak pernah mempromosikan satu lagi program ini, mungkin pada masa akan datang. Apapun sehingga ke hari ini Jobdirumah masih membayar program affiliate mereka dan itu sudah cukup, anda juga boleh berpeluang menjana income dengan Jobdirumah. Klik untuk daftar Jobdirumah. Apa itu agen affiliate? anda boleh mempromosikan produk agen Affiliate ini dan mencuba produk-produk yang mereka tawarkan. Cubalah. Antara produk mereka adalah Jobdirumah dan Galleta. Menjadi idaman seorang lelaki kacak atau gadis cantik molek memiliki pasangan mereka yang pastinya mempunyai pendapatan tambahan selain daripada gaji yang diterima secara bulanan. Jika anda belum bekerja, pastinya istilah "Penganggur Kacak" menjadi rebutan. Penganggur yang mempunyai income sendiri, kacak bukan. Pastinya menjadi idaman gadis-gadis cantik molek. Jika anda serious untuk berjaya dalam membuat duit dengan affiliate, ebook Teknik SEO Merah Jambu ini sangat membantu. Saya dah dapatkan satu, dan ramai yang berjaya apabila mempraktikkan teknik yang owner ni gunakan. Bukan cakap kosong. Saya juga sedang mempraktikkan teknik yang beliau cadangkan. Mungkin siapa tahu anda bakal menjadi jejaka kacak ber'wang' rebutan gadis cantik molek. Jika anda serious menulis dan ingin mendapatkan income dengan blog, anda sepatutnya mencuba program Ashadee yang dikelolakan oleh Gobala Krishnan. Tuan Gobala sering menganjurkan online webinar untuk mereka yang berminat menyertai Ashadee. Di sana, Tuan Gobala akan memberikan tips bagaimana membuat duit dengan affiliate dan link untuk menjadi affiliates program Ashadee.
Kali ini saya ingin berkongsi cara dan tips untuk buat duit dengan blog. Kali ini adalah dengan meningkatkantrafik blog. Caranya mudah sahaja, jika sesuatu blog itu mempunyai trafik yang tinggi, maka lebih mudah menjana income tambahan. Cara menjana income tambahan melalui medium pengiklanan seperti nuffnang, komli, innity atau menyewakan banner di blog. Juga tidak dilupakan menjana income melalui advertorial atau affiliates. Semua ini boleh menjadi sumber income tambahan andaikata blog anda mempunyai trafik yang tinggi. Apa itu trafik blog? Trafik blog adalah bilangan pengunjung blog anda dalam tempoh sehari. Lebih ramai, lebih banyak peluang menjana pendapatan. Sangat mudah bukan! Pada kali ini saya ingin berkongsi 10 cara mudah untuk tingkatkan trafik blog! Caranya sungguh mudah, tapi memerlukan semangat tidak putus asa dan kesungguhan. 1. Anda perlu memilih ‘niche’ blog anda, jika mempunyai ‘niche’ tertentu, lebih mudah anda mendapat pengunjung. Antara niche yang popular adalah gosip, pemasaran internet, gadjet dan teknologi, personal dan lain-lain lagi. Kemudian fokus tulisan pada niche itu sahaja, dalam sekelip mata anda bakal memperolehi pengunjung yang ramai. Biasanya, personal blog memerlukan masa dan promosi yang berterusan untuk menarik pengunjung. 2. Setelah memilih niche, anda perlu menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti. Artikel berkualiti dapat mengekalkan pengunjung yang datang untuk bookmark blog anda, juga jika disertakan dengan ‘keyword’ yang betul dapat menarik trafik dari search engine seperti google dan bing. Pemilihan kata kunci ini boleh dilakukan melalui google adwords, untuk mendapat idea kata kunci yang sesuai juga kata kunci yang killer. Pemilihan kata kunci ini berkaitan dengan teknik SEO, teknik SEO yang hebat dapat menarik ramai pengunjung. Anda perlukan iniuntuk mendalami apa itu SEO secara asas. Artikel berkualiti dengan asas SEO yang betul, mampu menarik pengunjung yang ramai. 3. Peranan media sosial jangan kita lupakan, terutama facebook, twitter dan google+. Share artikel anda di facebook group yang bersesuaian dengan ‘niche’ untuk tarik pengunjung. Contoh, jika blog anda berkenaan dengan pendidikan, kongsi blog anda di group biasiswa. Semua berkaitan dengan ‘niche’ blog anda. Dalam sekelip mata anda dapat menarik ramai pengunjung. 4. Kongsi artikel anda di laman ping popular seperti busuk.org, blogr.my, dan pingje.org. Mengikut pengalaman penulis, busuk.org menghasilkan trafik yang paling banyak antara laman ping lain. 5. Rajin-rajin komen di blog orang lain, sambil bersilaturahim, juga boleh meningkatkan trafik blog anda. Juga menambah bilangan pengomen tegar blog anda. Dengan memberikan komen, anda akan mendapat backlink daripada web tersebut dan seterusnya meningkatkan ranking blog anda.
Mungkin anda sudah membaca tempat mencari kerja part time ini, dan kerja part time yang rakyat Malaysia suka lakukan di sini. Apapun, saya nak memperkenalkan platform carian kerja sambilan terbaik di Malaysia iaitu Jobdirumah!
Apabila berkata tentang beriklan dengan blog, pastinya kita terbayang banner, dan bermacam-macam lagi bentuk pengiklanan blog. Dan pastinya nama yang mendominasi pengiklanan berbentuk seperti ini adalah Nuffnang, Innity, Komli dan lain-lain lagi.
Kini, SalamMedia datang dengan menawarkan pengiklanan dengan blog bentuk baru yang unik. Tidak memfokuskan kepada pengiklanan berbentuk banner, tetapi dalam bentuk advertorial.
Apa itu advertorial? advertorial adalah pengiklanan yang memfokuskan kepada penulisan blog, review berkenaan sesuatu produk dan perkhidmatan. Jadinya, mutu penulisan sangatlah penting dalam pengiklanan advertorial ini tidak hanya traffik blog semata-mata.
SalamMedia datang dengan menawarkan konsep pengiklanan yang jauh berbeza dengan pengiklanan lain di Malaysia yang lebih memfokuskan kepada kandungan sesebuah blog, (Islamic Advertising Blog) Lebih membanggakan, SalamMedia adalah pengiklanan patuh syariah dalam bentuk digital yang pertama di Malaysia, juga mungkin di dunia. Sepanjang pengalaman saya, tidak pernah lagi ada pengiklanan dalam bentuk kandungan blog yang patuh syariah di dunia. Harapan untuk SalamMedia terus berkembang mempunyai potensi yang sangat besar dan ohkerjakosong4u juga blogger lain seperti ini dan ini dan lain-lain lagi akan menyokong SalamMedia daripada belakang. Cewahhh :) (lebih-lebih pulak :p)
Setelah mencuba iklan daripada yang lain, iklan daripada Komli sudah menampakan hasilnya. Sudah ada beberapa iklan yang keluar daripada Komli walaupun baru seminggu digunakan.
Apapun terima kasih kepada komli, kepada sesiapa yang ingin berhijrah untuk menggunakan komli, bolehlah mendaftar blog di sini. Cara daftar pun sangat mudah, isi borang itu dan nyatakan maklumat trafik harian, bilangan uniq visitor dalam sehari, anggaran trafik iklan dalam sebulan dan lain-lain lagi.
Jika blog anda sudah mempunyai trafik yang tinggi, bolehlah register di Komli pula. Mana tau anda boleh buat duit dengan komli pula. Apapun, komli adalah platform untuk buat duit dengan blog. Apapun selamat mencuba kepada semua.
Terima kasih Allah, Terima Kasih Komli.
Jika terdapat sebarang soalan berkenaan dengan Komli atau apa sahaja, bolehlah lontarkan di bahagian komen di bawah. Admin akan cuba sedaya upaya untuk menjawab setiap pertanyaan.